17 Feb 2010,
tarikh dimana si kecilku dimasukkan ke wad kerana disahkan mengalami sindrom Nephrotic, melalui ujian air kencing dan darah. Bagai melayang badan bila doktor mengatakan sikecil ini mempunyai masalah buah pinggang. Dr memasukkan Serum Albumin ke dalam saluran darahnya untuk menaikkan protein dalam darah



yang berkurangan berikutan protin telah keluar dengan banyaknya melalui air kencing. Rupanya badannya yang disangkakan gemuk dan digelarkan budak gemuk sebulan yang lalu rupanya berpenyakit.

19 Feb 2010
Dr mengambil darah untuk diuji. Memang bukan darah sahaja diuji tetapi proses mengambil darah juga adalah ujian buat sikecil dan aku..sedih tengok dia menjerit sakit.

20 Feb 2010
Keputusan ujian darah hampa..protein terlalu sedikit dalam badan, lalu dr memasukkan lagi serum albumin. Air kencing juga masih berprotein.. Ubat merupakan steroid menjadi penawar kepada buah pinggang untuk berfungsi seperti biasa.

25 Feb 2010
Setiap hari aku menunggu ujian darah dan air kencing. Setiap hari juga aku dan suami hampa. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan kami. Namun hari ini keputusan menggembirakan. Ubat yg diberikan memberi tindakan positif kepada buah pinggangnya..Alhamdullilah.

26 Feb 2010
Semakin pulih, bengkak dikaki semakin kurang

27 Feb 2010
Bertambah sihat, selera makannya semakin bertambah..tetapi dimasukkan air kerana kekurangan air dalam badan.
28 Feb 2010
Keputusan darah dan air kencing sangat positif..Dr sendiri agak terkejut kerana respon amat cepat yg awalnya dikatakan 3 hingga 4 minggu. Alhamdullilah...
1 Mac 2010
Discharge..namun perlu makan ubat dan perlu dtg untk ujian seterusnya bagi memastikan benar-benar sembuh..
Pengajaran:
Ini adalah satu ujian Allah..bg menguji dan memberi tahu kita betapa besarnya kuasa Nya, yang kita selalu lupa dan lalai. Selain itu bagi menunjukkan yg doa kita didengari dan dimakbulkan insyaAllah.Keajaipan itu milik Pencipta...

Maklumat di bawah adalah untuk dikongsi bersama..menurut Doktor penyakit ini bukanlah berpunca dari makanan, cara hidup atau genetik. Ianya berlaku secara semulajadi dan yang menghidapinya adalah yang terpilih...

Apa itu Nephrotic Syndrome ?
Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehariParas serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendahParas kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia)


Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
Boleh berlaku pada semua peringkat umur
Kerap berlaku pada kanak-kanak
Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
Bagi dewasa taburan jantina adalah sama

Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :
Bengkak atau sembab anggota badan
Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
Tekanan darah tinggi
Kualiti hidup menurun
Kencing berbuih dan berbau busuk
Kencing berdarah (jarang)

Apa itu oedema?
Oedema merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit


Apa itu oliguria ?
Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI Nephrotic Syndrome